Monday, April 11, 2011

Seni dan Seni..........


Seni dan seni.....di mana-mana di lukis akan menjadi cantik....pelukis, cat dan berus....antara yang hidupkan kecantikan...















rder="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5594306215322905474" />











Thursday, April 7, 2011

Pidato dan wasiat Nabi Muhammad S.A.W

Di sampaikan semasa haji perpisahan pada 9 Zulhijah dalam tahun ke sepuluh Hijrah di ‘arafat :

“Segala puji bagi Allah. Kita memuji –Nya, memintar pertolongan dan kempunan daripada-Nya dan kepada-Nya kita kembali. Kita memintak perlindungan daripada Allah daripada kejahatan diri dan akibat perbuatan kita. Tiada yang tersesat mereka yang dipimpin oleh Allah dan tiada yang menemui jalan lurus antara merekayang Allah sesatkan. Aku mengangkat saksi bahawa tiada tuhan melaikan Allah, ia tersendiri tanpa sekutu dan aku mengangkat saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan dan rasul-Nya . aku ingatkan kamu wahai hamba Allah supaya takutkan Allah dan menyuruh kamu mntaati-Nya dan aku mulakan pidato ini dengan sesuautu yang membawa kebajikan.
“Bahawasanya, wahai sekalain manusia, dengar kata-kataku ini, akan kusampaikan wasiat padamu sekalian. Tidak kutahu sama ada aku akan berpeluang menemui kamu sekalian pada tahun akan datang di tempat ini.

“Sesungguhnya darah (diri) kamu, hartamu dan maruahmu adalah suci dan tidak boleh di cemari hingga kamu menemui tuhanmu. Kesuciannya ibarat hari-hari suci ini di Bandar suci ini. sesungguhnya kamu akan menemui tuhanmu dan akan ditanya semua pelakuanmu. Nah, sudahkah kusampaikan perutusan itu? Ya Allah, saksikanlah!.
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba mu “

(Lihat Maulana M.Ubaidul Akbar, The Orations Of Muhammad, Lahore, 1954 : Hlm. 78-79)