Tuesday, February 8, 2011

KEMBARA AIDILFITRI BENTONG DI BUMI KENYALANG



Mungkin anda sangat mengenali negeri Sarawak yang dikenali sebagai negeri kenyalang, pada hari raya puasa 2010, saya diberikan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk saya beraya negeri Sarawak di rumah keluarga angkat saya pada taggal 3 September 2010 penerbangan AK6035 AIR ASIA daripada Kota Kinabalu ke Sarawak pada jam 6.45 pagi saya dan abang saya mula berlepas dan sampai di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuncing pada jam 8.10 pagi, ini kali pertama saya sampai di negeri Sarawak, pada kotak fikiran saya mungkin masyarakat Sarawak tidak jauh bezanya dengan masyarakat Sabah yang sangat baik (negeri yang saya menutut ilmu) tetapi penilaian saya salah terhadap masyarakat negeri Sarawak yang lebih baik serta peramah,

Perjalanan saya mengambil masa lebih kurang 5 jam dari bandar Kuncing ke dearah betong (rumah keluarga angkat) semasa dalam perjalanan kami ke Betong, saya dapat melihat keindahan alam semula jadi dan rumah panjang kaun Iban dulu saya fikir rumah panjang dibuat daripada kayu tetapi rupanya sudah cukup moden dibuat daripada batu. Kepenatan saya dalam van sangat berbaloi kerana kedatangan saya disambut dengan pernuh mesra oleh bapak, emak dan adik beradik angkat yang lain seperti keluarga saya sendiri. Apabila sampai di sana dalam jam 8.00 malam kemeriah kampung sangat terserlah,suasananya pada malam bulan p ramadhan cukup hidup, budak-budak bermain mercun, pembesar suara masjid melaungkan iqamah solat terawih, rumah-rumah dihiasi dengan lampu pelita.

Selama 2 minggu saya di kampung Debat Laut, banyak pengalaman baru saya dapat dengan keluarga angkat dan masyarakat kampung tersebut. Saya ingin menonjolkan tentang sosial budaya masyarakat di sini yang sangat unik iaitu makanan dan cara hidangan cukup berbeza dengan adat negeri saya (Terengganu). Di sini saya jugak berjalan ke seluruh kampung melihat keindahan kampung yang masih mengekalkan persekitaran semula jadi selain kehidupan harmoni antara masyarakat Melayu dan Iban sesuai dengan gagasan 1 Malaysia, saya diberi kesempatan untuk menikmati keindahan berjalan ke Bandar Sarekei, Bandar Betong, Spaoh, dan Pusa.,. Pekan Betong tidak sebesar mana tapi pada pendapat saya mungkin pekan ni telah banyak berjasa kepada masyarakat setempat, saya jugak berpeluang pergi ke Sarekai, pekan yang maju dan harmoni seperti pekan di negeri lain.

Satu lagi keunikan di daerah ini adalah perbuatan jetskil yang dibuat daripada kayu, sungguh mengangumkan pembuatan bot tersebut. Bapak angkat saya juga seorang pembuat jetskil kayu tersebut, daripada pemerhatian saya ayah angkat saya ini mempunyai kemahiran sungguh unik dalam pembuat jetskil kayu semasa kembara saya di Bumi Kenyalang kali ini banyak Allah S.W.T pertontonkan keindahan budaya orang lain terhadap diri saya serta keunikkan masayarakat lain. Saya berdoa semoga Allah S.W.T memberi rezeki buat saya untuk datang lagi ke Bumi Kenyalang pada masa akan datang,-insyallah sekian waulan..