Monday, December 13, 2010

SIAPA SAYANG ANDA???

Sayang dalam dalam kehidupan tidak dapat lari, sayang terlalu subjetif untuk di nilai, bagaimana ciri-ciri orang sayang pada anda?bagaimana tingkah laku orang yang sayang pada anda?. sayang pada tuhan?sayang pada nabi?sayang pada ibu bapa?sayang pada adik beradik?sayang pada kekasih?bagaimana penilaian yang boleh kita buat dalam soal sayang ni.


Sayang secara umum dapat dibahagia kepada dua iaitu sayang terhadap pencipta iaitu tuhan dan sayang terhadap manusia. sama sama kita fikirkan insyallah penulisan kedua saya akan menyetuh tentang ciri-ciri orang saya pada kita...sekian wahullah............

Tuesday, December 7, 2010

HASIL KARYA KU........







4 JENIS SOLAT SUNAT


Terdapat 4 jenis solat sunat iaitu :

1) Solat Sunat Ghairul Muakkad
Solat sunat yang tidak berapa digalakkan untuk dilakukan contoh solat sunat qabliyah maghrib, solat sunat qabliyah isyak, solat sunat qabliyah asar dan beberapa solat sunat rawatib termasuk sembahyang sunat dhuha.

2) Solat Sunat Muakad
Solat sunat sangat digalakkan dilakukan dan sentiasa dilakukan dengan istiqamah oleh Rasulullah s.a.w

3) Solat Sunat Muqayyad
Solat sunat dilakukan kerana sesuatu kejadian atau hajat contoh solat sunat hajat




4) Solat Sunat Mutlak
Solat sunat ini dilakukan tanpa sebab untuk mengisi masa kosong

Segala dilakukan kerana Allah s.w.t dengan niat yang betul, ikhlas dan mengikut syariat yang di ajar oleh Rasulullah s.aw....wahullan

KRISIS DAN HUBUNGAN

Dalam kehidupan seharian kita konsep hubungan sangat penting, kita tidak lari daripada menjalankan hubungan dengan manusia dan Tuhan, apabila ada hubungan akan timbul masalah atau krisis ia tidak lari dan adat dalam hubungan sesama manusia. kadang-kadang kita tersilap atau tersalah dalam hubungan, kadang-kadang kita membuat orang yang ada hubungan dengan kita kecik hati, terkasar bahasa, tindakan yang salah dan sebagainya. sekiranya wujud krisis dalam hubungan salah satu daripada ahli hubungan tersebut mesti memohon maaf atau mengakui kesilapan, mungkin mudah kita cakap macam tu tetapi susah nak lakukan kepada pasangan kita. apabila salah seorang daripada pasangan kita memohon maaf atas kesilapan, masa ini la masa terbaik untuk pasangan tersebuat memulihkan hubungan bukan "hukum" pasangan kita yang melalukan kesilapan yang dengan "hukuman atas penilaian sendiri" kerana ia tidak wajar dan akan bertambah lagi krisis. apa pun kesilapan yang dilakukan oleh pasangan kita perlu memaafkannya dengan hati yang ikhlas dengan izin Allah swt hubungan pasangan yang mempunyai krisis akan kembali norma.......wahuallan.....

Monday, December 6, 2010

Kenali saya...

Saya seorang hamba Allah seperti hamba-hambanya yang lain. Tiada kelebihan, daif dan banyak kekurangan, melainkan jika ada hanya kurniaanNya semata. Dalam perjalanan kita hidup setakat ini telah direzekikan dan diuji dengan beberapa kesempatan........

Nama : Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut
Nama Pena : Profesor Tahjid Al-Terengganu

Lahir : Julai 1989
Tempat Lahir : Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Pendidikan Formal :

SK Seri Budiman, Kuala Terengganu
SMK Panji Alam, Kuala Terengganu
Universiti Malaysia Sabah (Sarjana Muda Kerja Sosial Dengan Kepujian)

Badan NGO :
Kelana Komunikasi Ibu Pejabat Kebangsaan,Persekutuan Pengakap Malaysia
Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu
Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi Terengganu
Presiden (2010/2011)Kelab Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah
Sekreteriat (2009/2010) JAKMAS Kolej Kediaman CD, Universiti Malaysia Sabah
Sekreteria (2009/2010) Persatuan Mahasiswa Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah
Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM)

SOLAT SUNAT

Solat sunat adalah solat tambahan yang tidak wajib di lakukan tetapi sangat di galakkan di lalukan. hukum solat sunat pulak adalah sunat, tidak berdosa ditinggalkan tetapi mendapat pahala atau ganjaran jika dilakukan.Banyak kelebihan dan fadhilat jika di lakukan. secara am terdapat beberapa kepenting atau tujuan solat sunat iaitu :

1)Melengkapkan kekurangam di dalam solat fardhu
2)Dapat meningkatkan keimanan
3)Meninggikan pangkat dan darjat di syurga

Banyak atau sedikitnya amalan solat sunat seseorang itu juga menunjukkan keimanan kepada allah dan kecintan kepada Rasulullah S.A.W, oleh demikian, mari la kita bersama-sama melakukan solat sunat dan terus istiqamah dalam melakukanya, moga-moga Allah memberikan kita ganjaran pahala kepada kita.Wahuallan